Pihak berkuasa China tumpaskan sindiket edar vaksin palsu

0
72

SHANGHAI – Pihak berkuasa China menahan 80 individu kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pemalsuan vaksin Covid-19.

Agensi Xinhua melaporkan, pihak berkuasa telah menyerbu beberapa lokasi di Beijing, Shanghai dan Shandong dan berjaya merampas lebih daripada 3,000 picagari berisi cecair yang didakwa sebagai vaksin.

Kata pihak berkuasa, sindiket ini telah beroperasi sejak September lalu.

Cecair didakwa vaksin itu diperbuat daripada larutan air garam yang dimasukkan ke dalam picagari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here