PKP 2.0 disambung lagi sehingga 18 Februari ini

0
122
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sepatutnya berakhir Khamis ini akan disambung semula sehingga 18 Februari ini di seluruh negara kecuali Sarawak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan itu dibuat berikutan pertambahan kes Covid-19 di seluruh negara.

Beliau berkata, berikutan itu, pihaknya juga akan mengetatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang wabak tersebut.

“Rentas negeri masih tidak dibenarkan, SOP tetap sama seperti sebelum ini. Ramai yang tanya kenapa rentas negeri, keputusan dibuat berdasarkan data yang diberikan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bila kita bukan rentas negeri dahulu, sumbang kes positif yang mana ada 31 kluster akibat rentas negeri, sebab itu kita tidak benarkan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.-MT

Berita lanjut akan menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here