PKP: Institut memandu dibenarkan dibuka semula esok

0
104
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Bermula esok kerajaan membenarkan operasi institut memandu dibuka semula dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut diberikan kebenaran untuk beroperasi ialah Pusat Latihan Penerbangan.

“Bagi institut memandu, arahan ini merangkumi perkhidmatan latihan pemanduan, kurikulum pendidikan pemandu (KPP) 01, 02 dan 03, perkhidmatan pra-ujian pemanduan (QTI), perkhidmatan ujian teori dan praktikal (litar dan jalan raya).

“Waktu operasi dibenarkan bermula 7.30 pagi sehingga 8.30 malam. Antara SOP yang telah ditetapkan ialah dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka oleh pengajar dan calon sepanjang masa di dalam kenderaan.

“Pihak institut memandu juga perlu memastikan keberadaan calon yang berkaitan untuk slot latihan/ pengujian sahaja berada di premis terbabit pada satu-satu masa dan tidak dibenarkan menunggu.

“Mengamalkan penjarakan fizikal di kaunter/ tempat menunggu dengan pengosongan tempat duduk di antara pelanggan dan penandaan garisan bagi penjarakan fizikal satu meter,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here