PKP: Pelanggan boleh makan dalam restoran, industri kreatif dibenarkan

0
189

Gambar hiasan

CYBERJAYA – Berkuat kuasa esok kerajaan membenarkan pelanggan makan di dalam restoran dengan terhad dua orang satu meja.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sama pelanggan juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan industri kreatif beroperasi dengan SOP yang ketat. Antara yang dibenarkan ialah produksi animasi dan musik, rakaman lagu di studio, pra produksi pengambaran, iklan, dokumentasi, Live Streaming dan rakaman seni dan warisan tanpa penonton.

“Saringan ujian Covid-19 perlu dilakukan bagi semua yang terlibat dengan produksi pengambaran. Keputusan perlu diserahkan kepada Finas tiga hari sebelum pengambaran,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Gambar hiasan

Dalam pada itu,katanya, waktu operasi pula dibenarkan dari pukul 8 pagi hingga 10 malam sahaja.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here