PM selamat terima suntikan vaksin Covid-19

0
107
Suntikan kepada Perdana Menteri dilakukan oleh vaksinator, Ketua Jururawat Kesihatan PKD Putrajaya, Lina Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Suntikan kepada Perdana Menteri dilakukan oleh vaksinator, Ketua Jururawat Kesihatan PKD Putrajaya, Lina Ibrahim.

Gambar-gambar semasa Perdana Menteri menerima suntikan berkenaan turut dikongsi di laman Facebook Kementerian Kesihatan.

Terdahulu, Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah diberikan taklimat oleh Pengarah Pejabat Kesihatan Putrajaya.

Hari ini, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang merupakan program vaksinasi terbesar negara bermula di seluruh negara. 

Terdahulu Muhyiddin tiba di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Presint 11, pada pukul 2.30 petang.

Sebelum itu, vaksin Covid-19 tiba di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Presint 11 dari Klinik Kesihatan Presint 18, kira-kira 1 tengah hari tadi.

Program tiga fasa ini bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin untuk fasa pertama yang akan berlangsung hingga April depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here