PM terima SD dua Ahli Parlimen PKR

0
91
SD diserah oleh Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon hari ini

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan beliau telah menerima Akuan Bersumpah (SD) dari dua Ahli Parlimen pembangkang.

Muhyiddin menerusi ciapan di laman Twitternya berkata, SD berkenaan bagi menyatakan sokongan dua Ahli Parlimen itu kepada kerajaan Perikatan Nasional.

“Hari ini saya menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“SD diserah oleh Ahli Parlimen Julau, YB Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, YB Steven Choong Shiau Yoon,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Julau mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Parti Keadilan (PKR) Sarawak sekali gus keluar parti.

Difahamkan, Ahli Parlimen Tebrau, juga bertindak meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum menyatakan sokongan terhadap PN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here