PM terima suntikan vaksin petang ini

0
44
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Hari ini menjadi detik bersejarah apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19,  Pfizer-BioNTech.

Perdana Menteri akan menerima suntikan di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 11 pada pukul 3 petang ini sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negara ini.

Turut dijadualkan menerima vaksin di klinik sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Difahamkan, empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) juga tersenarai sebagai  penerima vaksin Covid-19 di bawah program vaksinasi berkenaan.

Berdasarkan atur cara program, Noor Hisham dijadualkan tiba kira-kira pukul 2.10 petang manakala Muhyiddin dijangka tiba di lokasi tersebut kira-kira pukul 2.30 petang.

Perdana Menteri dan semua yang terlibat akan diberikan taklimat penerimaan vaksin oleh Pengarah Pejabat Kesihatan Putrajaya terlebih dahulu sebelum vaksinasi dilaksanakan.

Atur cara program kemudian menyaksikan acara pelancaran pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera oleh Perdana Menteri.

Acara bersejarah itu boleh disaksikan secara langsung bermula pukul 2 petang di saluran Radio Televisyen Malaysia sebagai media rasmi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here