
PUTRAJAYA – Sebanyak 44 anggota dan pegawai akan ditempatkan di 11 buah sekolah di Putrajaya bagi mengawal pergerakan peljar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)
Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, anggota dan pegawai polis itu ditempatkan di luar pagar serta dalam sekolah untuk memantau prosedur operasi standard (SOP).
“Penempatan anggota dan pegawai itu akan dilaksanakan sepanjang tempoh peperiksaan SPM berlangsung.
“Kita menempatkan dua anggota dan pegawai kita serta Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di setiap sekolah dan mereka ini akan menegur sekiranya ada yang tidak mematuhi SOP.
“Setakat tinjauan yang kita buat hari ini, semua sekolah di Putrajaya mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya pengawas peperiksaan memakai alat pelindung muka, pelitup muka serta sarung tangan,” katanya.
Terdahulu Mohd. Fadzil melakukan tinjauan di Sekolah Sultan Alam Shah hari ini.
Sebanyak 1,726 calon termasuk calon persendirian menduduki peperiksaan di sekolah sekitar Putrajaya yang berlangsung hari ini sehingga 25 Mac ini.