Polis tahan pengasas Sugarbook

0
195
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat

CYBERJAYA- Polis menahan pengasas aplikasi Sugarbook di pekarangan sebuah kondominium di Kuala Lumpur petang semalam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan.

Fadzil berkata, suspek berumur 34 tahun itu ditangkap pukul 4.30 petang oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas bagi aplikasi Sugarbook.

“Proses permohonan reman terhadap suspek yang beralamat di Pulau Pinang akan dilakukan di Mahkamah Shah Alam pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegusaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 .

“Selain itu, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kesalahan terbabit dalam kegiatan pelacuran,” jelasnya.

Sebelum ini, Malaysia diletakkan pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia Tenggara seleps India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan sugar daddy teramai.

Aplikasi berkenaan  menyediakan platform untuk mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here