Potongan harga coklat sehingga 80 peratus di Malakat Mall

0
1185
Pengunjung berbelanja di jualan coklat sempena Promosi Malakat Sudah Giler! di Malakat Mall, Cyberjaya hari ini.

CYBERJAYA – Sempena Promosi Hujung Minggu yang bermula hari ini sehingga Ahad, Malakat Mall menawarkan potongan harga sehingga 80 peratus bagi pelbagai produk coklat berjenama.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Salam Zulkarnain berkata, bagi memeriahkan promosi Malakat Sudah Giler! yang diadakan pada setiap hujung minggu, pihaknya bekerjasama dengan pengedar coklat terbesar iaitu DR Holdings Groups melalui penganjuran Chocholate Big Sales.

Antara jenama coklat yang ditawarkan adalah Daim, Droste, Hershey’s, Pepero, Kinder, Ritter Sport dan banyak lagi yang dijual pada harga serendah RM4.

“Peluang bagi penggemar dan pencinta coklat yang mungkin sudah lama terputus bekalan akibat Perintah Kawalan Pergerakan. Kami tawarkan potongan harga 50 sehingga 80 peratus untuk jenama-jenama popular.

“Tidak perlu lagi tunggu untuk ke lapangan terbang atau ke Langkawi, sekarang kita bawakan ‘harga’ terbaik di Malakat Mall.

“Tapi jualan penghabisan stok ini bergantung kepada berapa banyak stok yang dibawa pengedar, jadi siapa cepat dia cepat,’’ katanya.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Salam Zulkarnain

Salam berkata, jualan coklat yang berlangsung di lobi utama Malakat Mall, Cyberjaya itu merupakan usaha pihaknya membantu perniagaan syarikat pengedar coklat berkenaan yang terjejas teruk akibat pelaksanaan PKP.

“Selama ini mereka beroperasi di terminal lapangan terbang tetapi sejak penularan Covid-19, jualan mereka terjejas teruk kerana tiada lagi pelanggan. 

“Kita mula dahulu dengan coklat, selepas ini kami bercadang untuk membawa masuk produk-produk popular di terminal seperti minyak wangi dan produk kosmetik,’’ katanya. 

Menurut Salam, promosi jualan murah hujung minggu yang menawarkan pelbagai potongan harga bermula dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam.

Antara yang menarik adalah jualan Happy Hour di Malakat Grocer dan gerai Tea Amo dengan potongan harga sehingga 50 peratus, harga promosi RM4.99 bagi separuh ayam segar, beli satu dapat satu di Red Hots dan sanitasi kenderaan pada harga RM25.

Antara produk coklat yang ditawarkan pada Chocolate Big Sale di Malakat Mall, Cyberjaya.
Pengunjung berbelanja di jualan coklat sempena Promosi Malakat Sudah Giler! di Malakat Mall, Cyberjaya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here