PPUM hargai sumbangan melalui platform Lazada Malaysia

0
134
Sumbangan berkenaan adalah bagi kegunaan pihak PPUM untuk mengurus dan menangani pandemik Covid-19.

CYBERJAYA – Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menghargai segala sumbangan menerusi Tabung Covid-19 PPUM menerusi platform aplikasi e-dagang, Lazada Malaysia.

PPUM dalam satu kenyataan memaklumkan, sumbangan berkenaan adalah bagi kegunaan pihak PPUM untuk mengurus dan menangani pandemik Covid-19.

“Semenjak awal penularan wabak Covid-19, PPUM amat mengalu-alukan sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada syarikat, pertubuhan bukan kerajaan dan individu.

“Lazada Malaysia telah menyediakan platform untuk melaksanakan program memacu sumbangan dan memilih pelbagai organisasi termasuk PPUM sebagai antara organisasi yang akan menerima sumbangan tersebut.

“Pihak PPUM amat berterima kasih dan menghargai sumbangan dan sokongan semua pihak,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Lazada Malaysia yang terkenal dengan aktiviti perniagaan pelbagai produk dan perkhidmatan menyediakan inisiatif membantu PPUM.

Usaha itu adalah inisiatif daripada Lazada untuk membantu mempromosi bantuan yang diperlukan PPUM.

Sumbangan untuk tabung Covid-19 PPUM juga boleh dilakukan melalui pembelian di aplikasi Lazada

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here