Presiden Pas tawar diri sebagai penerima terawal vaksin Covid-19

0
69
Abduk Hadi telah mendapat taklimat berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

CYBERJAYA – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan terawal menerima suntikan vaksin.

Abdul Hadi menerusi hantaran di Facebooknya berkata, beliau telah mendapat taklimat berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Justeru saya ingin menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian daripada penerima terawal suntikan vaksin Covid-19 bersama-sama YAB Perdana Menteri.

“Ia sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan memerangi pandemik ini,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Pada hantaran sama, Abdul Hadi juga menyeru agar semua pihak berganding bahu dan menggembeleng usaha untuk memerangi wabak Covis-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

“Fokus utama kita sekarang adalah memastikan keselamatan rakyat terjamin dan ekonomi negara kembali pulih,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here