Program pemberian vaksin diawalkan kepada Rabu ini

0
72
Khairy Jamaluddin

SEPANG – Program pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat di negara ini akan dipercepatkan kepada Rabu ini berbanding perancangan awal pada 26 Februari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan menjadi rakyat Malaysia pertama menerima vaksin tersebut.

Katanya, ia akan dilakukan selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada tarikh tersebut.

“Apabila kita lihat kecekapan petugas bahagian farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) dan semua bahagian dah sedia, kita mulakan tak perlu tunggu sampai hari Jumaat

“Mereka akan disuntik vaksin tersebut bagi melindungi mereka. Dan beberapa petugas kesihatan lain akan disuntik kemudian diikuti dengan petugas di negeri lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas ketibaan vaksin Covid-19 kumpulan pertama di Malaysia hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, kerajaan juga telah menetapkan sebayak 54 pusat penyimpanan vaksin di seluruh negara.

Katanya lagi, untuk program fasa pertama itu sebanyak 271,802 petugas kesihatan telah mendaftar.

Dalam pada itu, ditanya bilakah program pemberia vaksin untuk fasa pertama selesai, katanya, pihaknya berharap ia boleh diselesaikan pada bulan April ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here