[VIDEO] Promosi jadi usahawan Tea Amo dengan harga RM50,000 tinggal 2 hari sahaja lagi

0
222
Ketua Pegawai Operasi Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari

CYBERJAYA – Usahawan yang berminat untuk memulakan perniagaan berasaskan teh boba yang terkenal di Malakat Mall iaitu Tea Amo digesa merebut peluang di saat-saat akhir untuk memiliki perniagaan tersebut dengan harga promosi RM50,000.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari, tawaran tersebut akan berakhir pada Ahad ini dan bermula Isnin hadapan harganya akan dinaikkan sekali ganda.

Tawaran istimewa usahawan Tea Amo hanya tinggal 2 hari sahaja lagi!

“Sebelum ini kita sudah buka tawaran sejak 26 hari lalu untuk menjadi usahawan Tea Amo dengan harga RM50,000 dan promosi ini hanya tinggal dua hari sahaja lagi.

“Dengan bermodalkan RM50,000 usahawan berkenaan akan menerima satu wagon Tea Amo yang boleh berniaga dalam tempoh 24 jam di mana-mana sahaja,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Abdul Aziz berkata, tawaran terhad itu juga hanya dibuka untuk 40 slot sahaja lagi.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, untuk perancangan masa hadapan pihaknya telah mengadakan kerjasama dengan syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk menempatkan wagon-wagon Tea Amo di stesen-stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di sekitar Lembah Klang.

Antara minuman yang terdapat di Tea Amo, Malakat Mall

Katanya, terbaharu pihaknya telah mengadakan kerjasama dengan operator stesen minyak terkenal, Shell Malaysia untuk menempatkan usahawan Tea Amo di seluruh Malaysia.

“Selepas ini kita akan akan ada 200 outlet Tea Amo dalam tempoh masa dua hingga enam bulan dari sekarang. Berikutan itu, bagi usahawan yang berminat, mereka boleh datang ke Malakat Mall, Cyberjaya pada esok dan Ahad ini untuk proses pendaftaran.

“Ini kerana pada Isnin hadapan, harga untuk menjadi usahawan Tea Amo akan dinaikkan kepada RM100,000,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here