
PROMOSI lagi dan lagi…para pelanggan yang berkunjung ke Malakat Mall pada hujung minggu ini bakal menikmati pelbagai promosi.
Bukan satu atau dua, tetapi lima promosi hebat menanti pelanggan pusat beli belah Malakat Mall yang beroperasi di Cyberjaya.
Bagi barangan basah, pelanggan akan menikmati harga RM4.99 untuk setengah ekor ayam yang jarang dapat dimana-mana kedai lain.

Apabila penat dan haus selepas berbelanjan, pelanggan boleh menikmati minuman popular di Malakat Mall iaitu Tea Amo dengan separuh harga.
Sekiranya perut ‘kerkeroncong’ anda para pelanggan boleh menikmati Roti Sosej Red Hots dengan promosi beli satu percuma satu, menarik bukan?
Bila kehulu kehilir, pastinya ramai bimbang dengan kebersihan kereta, dengan pembelian di Malakat Grocer, pelanggan akan mendapat promosi RM25 untuk sanitasi kereta.

Selalunya bila ke pusat beli belah, ada yang mahu cepat-cepat kerana risau caj parking mahal, tetapi tidak di Malakat Mall kerana hujung minggu ini parking adalah percuma.
Ingat, semua promosi ini ialah untuk hujung minggu pada bulan ini sahaja, jemput datang beramai-ramai ke Malakat Mall untuk menikmati pelbagai promosi ini.