Puak Houthi lancar serangan ke atas lapangan terbang Arab Saudi

0
174
Lapangan Terbang Antarabangsa Abha

RIYADH – Puak pemberontak Houthi dari Yemen dilaporkan melancarkan serangan menggunakan dron ke atas sebuah lapangan terbang di Arab Saudi, hari ini.

Agensi berita AP melaporkan, stesen televisyen al-Ekhbariya menyebut serangan tersebut dilakukan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha yang terletak di barat daya Arab Saudi.

Sebuah kapal terbang penumpang dilaporkan turut terbakar dalam serangan tersebut.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa Arab Saudi berkenaan serangan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here