Puspakom Bangi ditutup, kakitangan positif Covid-19

0
71
Puspakom Bangi

CYBERJAYA- Puspakom Bangi ditutup bermula hari ini sehingga dimaklumkan kelak selepas terdapat kakitangannya yang positif Covid-19.

Puspakom Sdn Bhd. dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan penutupan cawangan berkenaan bagi memberi laluan proses sanitasi.

“Penutupan Puspakom Bangi itu untuk memberi laluan kepada kerja sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh. “Proses pengesanan kontak dijalankan dan semua kakitangan cawangan juga akan menjalani ujian saringan Covid-19, manakala mereka yang berhubung secara langsung dengan kakitangan terbabit diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari. 

“Bagi pelanggan yang mempunyai janji temu, semua bayaran temujanji pemeriksaan yang dibuat akan dipulangkan secara automatik,” kata kenyataan itu. 

Pelanggan yang membuat janji temu dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan secara walk-in dengan pembayaran tunai di cawangan Puspakom Pandan Mewah, Glenmarie, Petaling Jaya, dan Cheras bagi kenderaan persendirian. 

“Bagi kategori kenderaan perdagangan ringan dan e-hailing pula, boleh menjalani pemeriksaan di Puspakom Padang Jawa, Wangsa Maju, Cheras dan Taman Bukit Maluri, katanya.

Pelanggan perlu membawa slip pengesahan janji temu Puspakom Bangi semasa hadir di cawangan alternatif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here