Risiko tinggi tidak boleh keluar negara, masuki mana-mana bangunan jika tak ambil vaksin Covid-19

0
367
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Meskipun kerajaan tidak mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19, mereka yang enggan mengambil vaksin tersebut berkemungkinan tidak dibenarkan untuk ke luar negara atau memasuki sesetengah premis dalam negara.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, ini kerana sejak dua bulan lalu, 87 buah negara telah melaksanakan program pemberian vaksin dan sepanjang tempoh itu angka kes baharu Covid19 dan jumlah kematian menurun dengan mendadak.

Berikutan itu, katanya, sudah pasti negara berkenaan tidak mahu kes baharu muncul berpunca daripada individu yang tidak divaksin.

“Memang tak mewajibkan tetapi di seluruh dunia, banyak negara akan mewajibkan tapisan untuk kesemua kemasukan pengunjung.

“Yang tidak divaksinkan akan tidak dibenarkan masuk. Ada premis atau bangunan akan syaratkan pengunjungnya telah divaksinkan.

Ahmad Amzad

“Begitu juga kenderaan misalnya kapal terbang, kemungkinan lain adalah yang sudah divaksin memperolehi misalnya laluan ekspres untuk beberapa perkara. Yang tidak menerima vaksin akan dapati mereka kerugian dalam banyak hal,” katanya dalam satu komen menerusi satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan vaksin Covid-19 dijangka tiba esok dan program pemberian vaksin akan dimulakan pada 26 Februari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Amzad berkata, bagi mengesahkan seseorang individu berkenaan telah divaksin, kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan aplikasi MySejahtera dan beberapa teknologi lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sejak vaksin mula diambil di 87 negara, sebanyak 193 juta dos vaksin telah dilaksanakan dengan purata setiap hari sebanyak 6.45 juta dos disuntik.

Katanya, berdasarkan rekod tiada kesan sampingan yang teruk dilaporkan.

“Kesan anaphylaxis juga sangat minimum sekitar 0.0003 hingga 0.0004 peratus. Tiada kes kematian yang disahkan berkaitan langsung berpunca vaksin Covid19 setakat 193 juta dos hari ini.

“Ini memberikan sinar harapan kepada seluruh dunia bahawa pandemik Covid19, insya-Allah akan dapat diatasi dengan kebanyakan negara mula meletakkan sasaran mencapai imuniti kelompok di negara masing-masing9” ujarnya.

Ahmad Amzad berkata, jika pandemik Covid19 dapat dikawal, kegiatan ekonomi boleh kembali rancak dan kemakmuran hidup boleh dikembalikan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here