Rosmah Mansor diarah bela diri kes rasuah projek solar

0
85
Datin Rosmah Mansor dibawa ke Mahkamah Tinggi hari ini. Kredit gambar Astro Awani

KUALA LUMPUR – Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi terhadap tiga pertuduhan rasuah berhubung pembekalan dan pemasangan sistem tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Rosmah.

“Saya mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan terdapat prima facie bagi semua pertuduhan,” katanya seperti dipetik daripada portal berita FMT hari ini.

Rosmah, 69, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Rizal Mansor.

Ia sebagai upah membantu syarikat tersebut mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here