Safiq Rahim kembali ke pangkuan JDT

0
46
Safiq Rahim kembali menyarung jersi JDT bagi aksi Liga Malaysia 2021

CYBERJAYA- Bekas kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim kembali menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Super 2021.

Pengesahan kepulangan bekas kapten JDT itu dipaparkan menerusi satu video berdurasi 28 saat di laman Facebook Johor Southern Tiger hari ini.

Menerusi video berkenaan, kepulangan Safiq ke JDT disambut oleh rakan sepasukannya iaitu Matthew Davies dan Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Safiq yang berumur 34 tahun sebelum ini pernah beraksi bersama JDT pada 2013 hingga 2018 sebelum berkelana menyertai Melaka United.

Sepanjang bersama JDT, Safiq pernah menjulang beberapa kejuaraan termasuk Piala Malaysia, Piala FA, Piala Sumbangsih dan Liga Super.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here