Saintis China temui ubat Covid-19, sedia digunakan tahun ini

0
377
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Saintis China di Universiti Peking mendakwa  telah berjaya menemukan ubat yang diyakini dapat memberi perlindungan dan menyembuhkan jangkitan wabak Covid-19.

Ubat yang sedang di peringkat ujian makmal itu dikatakan dapat memendekkan tempoh pemulihan selain menawarkan imuniti jangka pendek kepada mereka yang dijangkiti virus Covid-19.

Pengarah Pusat Inovasi Lanjutan Beijing untuk Universiti  Genomik, Sunney Xie berkata, pembangunan ubat itu kini telah berjaya di peringkat ujian haiwan dan diharap akan dapat digunakan pada tahun ini.    

“Ketika kami menyuntik antibodi peneutralan pada tikus yang dijangkiti, kami dapati viral load dapat dikurangkan pada faktor 2,500 selepas lima hari.

“Itu bermakna ubat ini mempunyai potensi dan mempunyai kesan terapeutik yang baik,” kata Xie kepada agensi berita AFP.

Ujian klinikal yang dilakukan terhadap tikus mendapati ubat yang baru dibangunkan itu berkesan merawat dan mencegah Covid-19. – Gambar hiasan.

Xie berkata, ubat yang menggunakan antibodi peneutralan itu dihasilkan daripada sistem imun manusia untuk mencegah virus daripada menjangkiti sel, yang mana pasukannya telah pisahkan dari darah 60 pesakit Covid-19 yang pulih.

Menurutnya, kajian mengenai penyelidikan itu yang diterbitkan dalam jurnal ilmiah, Cell baru-baru, melaporkan penggunaan antibodi itu memberikan “penyembuhan” yang berpotensi merawat dalam masa yang singkat.

Xie mengatakan pasukannya bekerja “siang dan malam” untuk mencari antibodi terbaik untuk merawat Covid-19.

“Kepakaran kami adalah genomik sel tunggal dan bukannya imunologi atau virologi. Apabila kami menyedari bahawa pendekatan genom sel tunggal dapat menemui antibodi peneutralan dengan berkesan, kami sangat gembira, ” katanya.

Dia menjangkakan ubat itu akan siap untuk digunakan menjelang musim sejuk bagi mengurangkan penularan Covid-19 yang telah menjangkiti 4.8 juta orang di seluruh dunia dan membunuh lebih daripada 315.000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here