Saringan Covid-19 secara percuma esok- MB Selangor

0
92
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

CYBERJAYA – Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan ujian saringan Covid-19 bersasar komuniti secara percuma esok.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ujian tersebut akan diadakan di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen 19.

Amirudin berkata, ujian saringan bersasar tersebut dilaksanakan bermula pada pukul 9 pagi hingga pukul 4 petang.

“Penduduk di Seksyen 15, 17,18,19,20 dan Seksyen 24 digalakkan hadir menjalani ujian saringan yang merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi menangani Covid-19.

“Khusus buat penduduk di Shah Alam, saringan komuniti akan dilaksanakan esok bermula jam 9 pagi hingga 4 petang di Dewan MBSA Seksyen 19.

“Daftar di screening.selangkah.my,” katanya menerusi kenyataan di muat naik di akaun Twitter miliknya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here