Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Klang esok dan Petaling Jaya pada Ahad ini

0
116

Penduduk yang tinggal berdekatan dan berisiko tinggi amat digalakkan menjalani ujian saringan

CYBERJAYA – Saringan Komuniti percuma Covid-19 yang merupakan inisiatif kerajaan negeri Selangor akan diteruskan di Klang esok dan Petaling Jaya pada Ahad ini.

Pegawai Tadbir Hal Ehwal Komuniti Operasi Pasukan Khas Selangor Covid-19 (STFO), Dr Nurul Solihin Nurul Hasnan berkata, saringan bersasar itu dilaksanakan susulan Selangor masih menunjukkan peningkatan jangkitan wabak dan majoriti daerah masih dalam zon merah.

“Justeru, penduduk yang tinggal berdekatan dan berisiko tinggi amat digalakkan menjalani ujian saringan berkenaan.

“Maklumat lanjut berkenaan lokasi akan sentiasa dikemaskini menerusi Facebook Selcare Clinics dan orang ramai boleh membuat pendaftaran di http://screening.selangkah.my bagi melancarkan proses,” katanya seperti dilaporkan SelangorKini hari ini.

Dr Nurul Solihin berkata, saringan komuniti akan diteruskan ke Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang esok bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Katanya, selepas itu, Dewan Melati Majlis Bandaraya Shah Alam di Seksyen 7 pada Sabtu ini dan kemudiannya di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya Kampung Lindungan PJS 6 pada Ahad.

“Kami sasar seramai 500 hingga ke 1,000 individu disaring di setiap lokasi saringan komuniti berkenaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here