Saya tidak fitnah, memang penulisan ‘Ibu Yati’ sesat- Nasrudin

0
549
Nasrudin tegas mengatakan ajaran dibawa ‘Ibu Yati’ adalah sesat dan menyesatkan

CYBERJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan menafikan beliau menfitnah ‘Ibu Yati’ berhubung ajaran ‘agama Melayu’ yang dikatakan sesat.

Nasrudin berkata, apa yang dinyatakanya tentang ‘agama Melayu’ sesat menyesatkan itu sememangnya merujuk kepada penulisan Ibu Yati sendiri yang telah dibuat di laman Facebook.

“Apa yang saya sebut adalah suatu perkara yang termaktub dalam tulisan dia (Ibu Yati) sendiri yang saya rujuk di laman Facebook…saya pun belum buat penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

“Hanya ringkasan dalam Facebook saya sahaja…beberapa perenggan untuk memberi ‘intro’ kepada masyarakat agar tidak terpengaruh dan saya belum lagi bagi penerangan lanjut.

“Kerana saya fikir akan tiba saat dan ketikanya untuk berbuat demikian dan langkah yang kita atur ikut kesusuaian dengan keadaan,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune.

Menurut Nasrudin, antara bukti penulisan Ibu Yati yang terpesong ialah kenyataannya bahawa perkataan Allah itu merupakan nama yang diberikan orang Arab sahaja kepada tuhan.

“Ia dengan maksud orang Melayu tidak perlu guna Allah, guna tuhan sahaja. Ini sehingga beliau tulis bahawa berdoa patut guna ya tuhan ku dan bukannya ya Allah. Sedangkan perkataan Allah itu termaktub dalam al-Quran.

“Ini yang difahami oleh umat Islam sekian lama, mereka (agama Melayu) dakwa ini perkataan Arab, Islam Arab katanya. Jadi pada dia, yang betul ialah Islam Melayu, sedangkan Islam itu universal.

“Bukan satu milik bangsa atau dikelaskan ikut juzuk bangsa,  islam itu menyeluruh ikut semua  kaum dan bangsa. Sebenarnya banyak lagi perkara mengelirukan yang dia tulis tapi yang terbaharu ialah tentang ‘agama Melayu’.

“Beberapa lagi penulisan ‘Ibu Yati’ yang mengelirukan termasuk menakrifkan kiblat itu bukan Kaabah di Mekah tetapi di Petra, Jordan selain mengatakan batu bersurat lebih awal daripada zaman Nabi,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau berharap jabatan agama negeri yang bertangungjawab perlu mengambil tindakan segera berhubung perkara berkenaan bagi mengelak masyarkat terkeliru.

“Saya difahamkan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri sudah melakukan isatan, saya harap jangan berlengah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here