Selamat jalan, Tesco Malaysia

0
3051

CYBERJAYA – Mulai hari ini, kesemua pasar raya besar Tesco di Malaysia akan dijenamakan sebagai Lotus’s.

Penjenamaan semula ini berikutan pengambil alihan perniagaan gergasi peruncitan United Kingdom, Tesco Plc. yang beroperasi di Thailand dan Malaysia oleh konglomerat Thailand, Charoen Pokphand Group Co. atau lebih dikenali sebagai CP Group.

“Proses penjenamaan semula ini dijangka akan disiapkan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini,” kata CP Group dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosial milik Tesco Malaysia, hari ini.

Kenyataan tersebut turut menyebut, pengambil alihan perniagaan tersebut turut meliputi pekerja seramai 8,600 orang di sebuah ibu pejabat, dua buah pusat pengedaran di Simpang Pulai dan Bukit Beruntung, dan kesemua 62 pasar raya yang beroperasi di seluruh Malaysia.

Sumber industri menyebut, CP Group memperoleh perniagaan Tesco di Thailand dan Malaysia pada harga US$10.6 bilion (RM42.77 bilion)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here