Selamat tinggal NTV7, esok bermula Didik TV KPM

0
321
Bermula esok NTV7 akan ditukar sebagai Didik TV KPM

CYBERJAYA – Bermula esok, Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan saluran TV Pendidikan baharu yang dikenali sebagai DidikTV KPM dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook KPM, DidikTV KPM itu akan bersiaran dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

“Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Saluran DidikTV KPM yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi program Malaysia Hari Ini, TV3 dan DidikTV [email protected] pada pukul 8 pagi,” katanya.

KPM sebelum ini mengambil alih saluran televisyen NTV7 yang cukup sinonim dengan mereka yang lahir pada tahun 1980an dan 1990an ketika gajet masih belum menguasai setiap manusia seperti sekarang. 

Sementara itu, dalam laman Facebook NTV7, mereka yang yang membesar dengan pelbagai rancangan yang disiarkan menerusi saluran televisyen tersebut berkongsi kenangan ketika NTV7 mula-mula bersiaran.

Kata Alex Xan, “Terima kasih kerana menghiburkan zaman masa kecil saya walaupun NTV7 wujud pada 1998 dan saya lahir pada tahun yang sama dan dapat juga layan pada tahun 2004 sehinggalah siaran riang pagi Sabtu,Ahad dan cerita Shin Chan dan Doremon ditamatkan siaran”.

Ujar Roshidi Amiruldin, “Sayonara NTV7. Jasamu tetap kami kenang, zaman kanak-kanak kami diwarnai dengan slogan [email protected] Pelbagai rancangan kartun hujung minggu menjadi kegemaran kami, bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari dan 5 hingga 8 petang setiap Sabtu dan Ahad”.

Selain itu, menurut Teng Ku Haizim, “Doraemon, Who wants to be a millionaire, Spanar jaya, Edisi siasat, Hamtar, Shin Chan. Terima kasih NTV7 kerana membesarkan saya.

“Juga tahniah Didik TV walaupun NTV7 diberhentikan. Sebenarnya saya setuju sebab kasihan budak sekolah nak belajar kerana (CJ) Wow Shop rosakkan rancangan kartun itu sejak 2016”.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here