Semua masjid di Perlis dibuka sepenuhnya bermula esok

0
67
Semua aktivit dibenarkan di semua masjid di Perlis bermula esok

KANGAR – Semua masjid di Perlis dibuka sepenuhnya bagi aktiviti pengimarahan bermula esok, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, aktiviti pengimarahan berkenaan termasuk kuliah agama, kelas pengajian dan sebagainya adalah diperkenankan bermula waktu subuh esok.

“Semua aktiviti adalah dibenarkan dan perlu patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup separuh muka, melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa, membawa sejadah sendiri, mengambil wuduk sebelum ke masjid dan sebagainya,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Baginda yang juga Yang DiPertua MAIPs bertitah, kanak-kanak di bawah 12 tahun dan golongan wanita juga turut dibenarkan hadir.

“Bagaimanapun, sebarang aktiviti jamuan makan, bermalam dan majlis sosial tidak dibenarkan seperti mana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara,” titah Baginda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here