Seorang suspek rempuh lori, kereta untuk lari daripada sekatan diberkas polis

0
314
Keadaan kenderaan suspek yang remuk teruk

PETALING JAYA – Salah seorang suspek yang melarikan diri daripada ditahan polis dengan merempuh kenderaan lain di Bulatan Sierramas, berjaya diberkas petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Desa Aman yang terletak satu kilometer dari lokasi suspek meninggalkan kereta ketika dikejar polis.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Pemeriksaan lanjut menemui heroin ditinggalkan suspek di dalam kenderaan itu.

“Seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Bob Mahsing berusia 40-an kini sedang diburu polis,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi

Beliau berkata, polis akan memohon perintah reman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427, 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan, Senjata Berbahaya 1958.

Terdahulu, tular beberapa video di laman sosial rakaman dua anggota polis cuba menahan sebuah kenderaan jenis Proton Waja di persimpangan lampu isyarat.

Walaupun diarahkan berhenti dan menyerah diri suspek tetap cuba meloloskan diri dengan melanggar sebuah kereta dan lori.

Beirkutan keadaan itu, seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di bahagian tayar kereta itu.

Kereta suspek kemudiannya ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Sungai Buloh.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here