Sergio Ramos hampir pasti ke Manchester United

0
60
Sergio Ramos mengecapi pelbagai kejayaan bersama Real Madrid dan Sepanyol

LONDON – Sergio Ramos hampir pasti akan menyertai Machester United selepas menolak lanjutan kontrak di Real Madrid.

Difahamkan egen Ramos juga akan ke England bagi melengkapkan perjanjian lumayan benteng pertahanan Sepanyol itu.

Menurut laporan portal Todofijaches,  kontrak pemain berumur 34 tahun itu bersama Real akan tamat hujung musin ini.

Ramos bebas untuk menyertai mana-mana pasukan secara percuma namun, Real cuba mengekalkan kaptennya itu.

Bagaimanapun, Ramos dilaporkan tidak gembira dengan tawaran Real kerana 10 peratus bayaran dikurangkan untuk kontrak dua tahun.

Difahamkan, Ramos mempunyai dua pilihan sama ada menyertai Paris Saint-Germain (PSG) di Perancis atau United di EPL.

Begitupun menurut laporan, United terlebih dulu mengorak langkah untuk mendapatkan kapten Sepanyol itu.

Menurut laporan berkenaan, Ramos dijangka menikmati gaji 200,000 pound (RM1.2 juta) seminggu di Old Trafford.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here