Setiausaha politik nafi Abdul Hadi dalam keadaan nazak di IJN

0
67
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

CYBERJAYA – Setiausaha politik kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan Presiden Pas itu dalam keadaan nazak ketika ini.

Shahir Sulaiman berkata, berita tersebut adalah palsu dan keadaan bekas Menteri Besar Terengganu itu semakin stabil.

“Tak ada, tok guru berada dalam kondisi biasa, itu semua palsu,” katanya seperti dilaporkan Kosmo.

Antara mesej tular yang mengaitkan kesihatan Abdul Hadi semalam

Semalam tular mesej yang mendakwa Abdul Hadi berada dalam keadaan nazak di Institut Jantung Negara (IJN).

Sebelum ini, Abdul Hadi dikejarkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here