SPRM sahkan menahan seorang pemimpin politik bersama wang rasuah RM1.2 juta

0
749
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan menahan seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik dan merampas wang tunai sebanyak RM1.2 juta yang dipercayai wang rasuah.

Menurut SPRM dalam satu kenyataan hari ini, wang tersebut disimpan di sebuah rumah dan pejabat kepada proksi kepada timbalan pengerusi tersebut dan seorang bekas menteri.

“Turut dirampas ialah sebuah kereta mewah yang digunakan oleh bekas menteri tersebut sebagai kenderaan rasmi dan dipercayai milik salah seorang pengarah syarikat yang diluluskan projek berkenaan turut dirampas,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Pengerusi PKR Perak MA Tinagaran ditahan SPRM bersama wang rasuah yang disimpannya.

Tinagaran juga sebelum ini merupakan bekas Pegawai Khas kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar.

Sementara itu, SPRM turut mengesahkan penahanan dua pengarah syarikat berkait projek yang dianugerah kepada mereka, serta sejumlah RM77 juta dalam beberapa akaun bank dibekukan.

Katanya, setakat ini siasatan masih dijalankan dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here