Stadium Malawati Shah Alam jadi CAC PKD Petaling

0
107
Dr Sha’ari Ngadiman

SHAH ALAM – Stadium Malawati di Seksyen 13, di sini, mula beroperasi sebagai Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) untuk Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, stadium berkenaan akan menggantikan CAC PKD Petaling yang sebelum ini dilakukan di dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) SS15.

“CAC di dewan MBSJ sebelum ini hanya boleh memuatkan 500 orang maksimum dan ekoran peningkatan kes yang tinggi di daerah Petaling, kita memerlukan lokasi lebih besar.

“Stadium Malawati dianggarkan boleh memuatkan 1,000 ke 1,500 orang, justeru kita akan memindahkan CAC PKD Petaling ke Shah Alam,” katanya.

Beliau berkata, CAC berkenaan akan beroperasi pada Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 4 petang; Sabtu (8 pagi hingga 12 tengah hari) dan tidak akan beroperasi pada Ahad.

Dalam pada itu, Selangor mempunyai 19 CAC di sembilan daerah iaitu masing-masing satu CAC di Petaling; Gombak; Hulu Selangor; Klang; Kuala Langat dan Sepang manakala dua di Hulu Langat; tiga di Kuala Selangor serta sembilan di Sabak Bernam.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri menasihatkan orang ramai tidak ke kawasan berkenaan selain untuk urusan berkaitan saja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here