Sumareh sah ke JDT

0
36
Sumareh sah ikat kontrak bersama JDT

CYBERJAYA- Akhirnya Johor Darul Ta’zim (JDT) menoktahkan spekulasi halatuju pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh.

Sumareh hari ini sah menyertai JDT dan perkara itu diumumkan menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini.

“Sila bawa saya ke kelab terbaik di Malaysia,” kata Sumareh dalam video berdurasi 41 saat yang dimuat naik di laman media sosial tersebut.

Sebelum ini, perkhabaran perpindahan pemain kelahiran Gambia ke JDT hangat diperkatakan namun, tiada pengesahan lanjut.

Untuk rekod, Sumareh sebelum ini beraksi di Liga Thailand bersama kelab Police Tero FC selama beberapa bulan selepas meninggalkan Pahang dengan mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya.

Sumareh kemudian mengesahkan kembali ke Malaysia sambil menyifatkan pengalaman bersama Police Tero di Liga Thailand memberi banyak faedah buat kariernya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here