Sumbangan telaga di Kemboja jadi ‘lubuk duit’ dan penipuan

0
3661
Firdaus Wong Wai Hung ketika membantu golongan memerlukan di Kemboja

CYBERJAYA- Sumbangan rakyat Malaysia untuk membuat telaga di Kemboja menjadi lubuk duit dan sindiket penipuan.

Perkara berkenaan didedahkan oleh aktivis dan pendakwah Kemboja kepada pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.

Firdaus dalam perkongsian di Facebooknya berkata, sumbangan itu memberi manfaat pada peringkat permulaan sahaja.

“Semasa saya berada di Kemboja bersama Islamic Union of Hong Kong (IUHK), beberapa aktivis dan pendakwah tempatan berkongsi beberapa nasihat dengan saya.

Sumbangan membina telaga di Kemboja hanya berikan keuntungan kepada pihak yang ambil kesempatan-Gambar Hiasan

“Antaranya mereka memberitahu saya bahawa terlalu ramai dari Malaysia memberikan derma untuk membuat telaga di Kemboja. 

“Mereka mengatakan, awal-awalnya ‘ok’ tetapi akhirnya ianya menjadi lubuk buat duit dan sindiket,” katanya dalam laman Facebooknya hari ini.

Berkonsi lebih lanjut, Firdaus berkata, niat orang Malaysia menyumbang adalah baik namun, disalahgunakan oleh wakil di Kemboja.

“Orang Malaysia sumbang duit untuk buat telaga dan kemudian apa yang dilakukan oleh wakil di Kemboja adalah mereka akan mengecat semula telaga yang telahpun wujud.

“Kemudiannya mereka lletakkan logo atau nama individu yang menaja dan begitulah seterusnya. Mereka mengatakan, duit diterima tetapi telaga tidak digali tetapi hanya buat perubahan kosmetik. 

“‘Picture speak a thousand words’ dan begitulah caranya sindiket menipu dengan mengambil gambar dengan caption mereka yang tersendiri maka tertipulah orang ramai dengan mainan emosi.

“Sebab itu, dalam ekspedisi dakwah  ke Uganda, Zambia, Zimbabwe, Botswana, Afrika Selatan, Tanzania, Peru & Colombia serta beberapa negara lain, kami akan bekerjasama dengan NGO Malaysia yang mempunyai pengalaman atau ‘contact’ di negara tersebut.

“Apabila tiba di negara tersebut, kami akan bekerjasama dengan NGO tempatan selain dari pihak berkuasa tempatan bagi mengelakkan ditipu,” katanya.

Firdaus merangkap Pengasas  Multiracial Reverted Muslim (MRM) berkata, melalui perkara berkenaan beliau belajar sesuatu.“Jangan mudah mempercayai kapsyen mahupun gambar kerana kita tiada di situ. Tanyalah kepada orang tempatan dan mereka yang mempunyai pengalaman berdakwah di kawasan itu,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here