Surau dan dua buah rumah musnah terbakar di Kulai

0
128
Anggota bomba memdam kebakaran melibatkan sebuah surau dan dua buah rumah di Kualai, Johor pagi tadi-Ehsan Bomba

KULAI – Sebuah surau dan dua buah rumah hangus dalam kebakaran kira-kira pukul 7.49 pagi tadi di Lorong 6, Kulai Besar di Kulai, Johor.

Kebakaran berkenaan memusnahkan hampir 80 peratus struktur surau dan rumah berkenaan namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Khairi Zainudin berkata, kebakaran melibatkan dua rumah jenis separuh kekal dan sebuah surau.

“Dua buah rumah dan sebuah surau itu terbakar kira-kira 70 hingga 80 peratus daripada struktur keseluruhannya. Menurut saksi, kebakaran bermula dari surau dan merebak ke dua buah rumah bersebelahan.

“Seramai 24 orang anggota terlibat dalam operasi pemadaman itu dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Mohd. Khairi berkata, operasi memadam kebakaran memakan masa hampir dua jam sebelum ditamatkan kira-kira pukul 10 pagi setelah keadaan terkawal.

Operasi pemadaman api melibatkan empat jentera termasuk sebuah Fire Rescue Team (FRT) dan jentera tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dan BBP Bandar Baru Kulai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here