Tak perlu kuarantin jika telah terima dos penuh vaksin Covid-19 – CDC

0
99

NEW YORK – Individu di Amerika Syarikat (AS) yang telah menerima dos penuh vaksin Covid-19 tidak perlu menjalani kuarantin, sekiranya tidak menunjukkan simptom dijangkiti selepas berjumpa dengan individu yang disahkan positif.

Menurut Reuters, garis panduan itu dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), hari ini.

Kata CDC, vaksin yang diberikan telah terbukti mampu mencegah jangkitan Covid-19 yang bersimptom.

Para pakar yakin jangkitan bersimptom memainkan peranan penting dalam penularan pandemik itu, daripada jangkitan yang tidak menunjukkan sebarang simptom.

Individu yang telah menerima dos penuh tidak perlu menjalani kuarantin dalam masa tiga bulan selepas dos akhir diterima.

Namun, CDC menambah, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka tetap perlu mengawasi diri selama 14 hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here