Taman-Taman Sabah tidak terima makluman awal Ustaz Ebit Lew

0
219
Ustaz Ebit Lew ketika mengislam masyarakat Bajau Laut di pulau di Semporna, Sabah

CYBERJAYA –  Taman-Taman Sabah (TTS) tidak menerima sebarang makluman awal tentang rombongan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ke pulau di Semporna, Sabah.

Perkara tersebut menyebabkan tiada kebenaran khas dikeluarkan untuk kumpulan pendakwah berkenaan memasuki pulau yang dikenali Taman Marin Tun Sakaran.

TTS dalam satu kenyataannya berkata, setiap individu atau kumpulan memerlukan kebenaran khas untuk memasuki kawasan kendalian TTS .

Taman Marin Tun Sakaran

“Perkara itu (makluman) diperlukan terutama pulau yang kini ditutup kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Merujuk kepada kenyataan di media sosial rasmi TTS pada 12 Januari lalu, seluruh kawasan di TTS ditutup sementara bermula 13 Januari lalu selaras pelaksanaan PKP.

“Rombongan Ustaz Ebit Lew merupakan rombongan orang awam yang tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) PKP.

“Pada masa yang sama pihak TTS tidak menerima makluman awal untuk kebenaran khas memasuki kawasan Taman Marin Tun Sakaran, Semporna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Proses membina sekolah perlu dihentikan

Selain itu katanya, pembinaan struktur bangunan di dalam kawasan Taman Marin Tun Sakaran juga tertakluk kepada prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan.

“Perkara ini berkaitan dengan kepentingan komuniti penuntut hak waris di pulau-pulau ini seperti yang terkandung dalam Surat Pewartaan Taman Marin Tun Sakaran tahun 2004,” katanya.

Semalam, Ebit terpaksa menangguhkan niatnya untuk meneruskan misi bantuan di Sabah kerana tidak dibenarkan untuk menjelajah ke pulau-pulau di Semporna bagi menyampaikan sumbangan.

Tambah kenyataan TTS itu lagi, pihaknya membenarkan rombongan Ebit memasuki kawasan Taman Marin Tun Sakaran hanya selepas mendapat makluman daripada pihak Majlis Keselamatan Negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here