Tarik balik kebenaran beroperasi kelab malam, pub – CIJ

0
360
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan digesa menarik semula kebenaran untuk pub dan kelab malam yang dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 malam.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Noor Izzat Johari, keputusan kerajaan membenarkan premis terbabit beroperasi dengan membenarkan pelanggannya membawa pulang makanan atau minuman sanggat janggal dengan perniagaan terbabit.

“Tolong tarik balik kebenaran tak masuk akal ini.

“Kepada pegawai-pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), jangan nak malukan Menteri Kanan Pertahanan. Nasihatkan menteri-menteri secara relevan,” katanya hari ini.

MOHD. NOR IZZAT MOHD. JOHARI

Mengulas lanjut, beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat (CIJ) turut melahirkan rasa hairan jika ada kelab malam atau pub yang menyediakan perkhidmatan membawa pulang makanan sebelum ini seperti di kedai makan lain.

SOP terkini MKN yang membenarkan pub dan kelab malam beroperasi

Baru-baru ini, kerajaan membenarkan restoran termasuk kelab malam dan beroperasi semula mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu dengan syarat operasi yang dibenarkan ialah dengan bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja.

SOP terbaharu yang dikeluarkan MKN itu mengundang kencaman orang ramai yang hairan mengapa pub dan kelab malam dibenarkan beroperasi sedangkan rata-rata pelanggan sudah mengetahui perniagaan di premis berkenaan bukan untuk dibawa pulang.

Malah lebih menimbulkan kebimbangan ialah jika minuman keras dibawa pulang akan menyebabkan lebih banyak kes pemandu mabuk di atas jalan raya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here