Tendang pintu selepas tidak dibenarkan solat dalam surau

0
180

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai

CYBERJAYA – Kes seorang lelaki yang menendang pintu utama sebuah surau di Bandar Dato’ Senu di Kuala Lumpur bukan melibatkan kes jenayah.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai dalam satu kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu bertindak sedemikian kerana tidak dibenarkan menunaikan solat di bahagian dalam surau.

“Polis menerima laporan berkaitan kes pecah pintu sebuah surau di Bandar Dato’ Senu kira-kira pukul 3.28 petang pada Jumaat lalu.

“Lelaki itu tidak berpuas hati apabila dia diminta untuk menunaikan solat di bahagian luar surau oleh ahli jawatankuasa surau terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, polis kemudiannya telah membawa lelaki tersebut ke Balai Polis Sentul untuk siasatan lanjut.

“Hasil perbincangan bersama kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cara menggantikan kerosakan yang berlaku,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here