Tengku Permaisuri Selangor bantu golongan asnaf

0
95

Sumbangan diserahkan kepada wakil Kelab Sukan Rekreasi Pengembara Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia iaitu Setiausaha Kelab, Salawati Abd Rashid

CYBERJAYA –  Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyumbang barangan keperluan harian kepada golongan asnaf di Selangor.

Selangor Royal Office memaklumkan baginda berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan di beberapa kawasan di Selangor.

“Sumbangan baginda itu diserahkan kepada wakil Kelab Sukan Rekreasi Pengembara Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia iaitu Setiausaha Kelab, Salawati Abd Rashid.

“Sumbangan itu akan diagihkan menerusi program jelajah bantuan kebajikan kelab berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Majlis ringkas penyerahan barangan sumbangan berkenaan diadakan di pekarangan Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here