Tentera Myanmar rampas kuasa

0
292

YANGON – Myanmar kini diletakkan dalam keadaan darurat selama setahun berikut rampasan kuasa oleh pihak tentera, awal pagi tadi.

Kata Reuters, pihak tentera melaksanakan rampasan kuasa itu berikutan wujudnya ‘penipuan’ pada pilihan raya November lalu.

“Tampuk pemerintahan kini diserahkan kepada Ketua Angkatan Tentera, Min AUng Hlaing,” kata kenyataan itu yang disiarkan di rangkaian televisyen tempatan.

Dalam pada itu, pihak tentera telah menahan Aung San Suu Kyi dan beberapa ahli kanan parti parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).

Maklumat menyebut, Presiden Myanmar, Win Myint turut ditahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here