Tindakan undang-undang jika sebar berita palsu mengenai suntikan vaksin Covid-19

0
84
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

CYBERJAYA – Golongan anti vaksin yang menyebarkan berita palsu mengenai pengambilan vaksin Covid-19 boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Kesalahah berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis akan membuka kertas siasatan sekiranya menerima laporan.

“PDRM akan membuka kertas siasatan sekiranya menerima sebarang laporan berhubung isu berita palsu berkaitan suntikan vaksin.

“Bagaimanaopun, sehingga kini tiada laporan diterima berkaitan perkara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan berkenaan bagi menjawap pertanyaan pihak media mengenai berita palsu yang menggalakkan orang ramai supaya tidak mengambil suntikan.

Pada masa sama, Acryl Sani berkata, PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat kenyataan yang boleh mengelirukan atau mencetuskan kegusaran kepada masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here