TMJ hadiahkan RM100,000 kepada Ebit Lew

0
93
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Ebit Lew

CYBERJAYA – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkenan menghadiahkan RM100,000 lagi kepada pendakwah terkenal, Ebit Lew bagi membantu kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya.

Ebit berkata, wang berkenaan merupakan sumbangan kali kedua baginda selepas menghadiahkan RM200,000 pada awal bulan ini.

“Terharu gembira dapat mengadap Tunku Mahkota Johor di Istana tadi. Terharu Tunku risau keadaan rakyat. Kesusahan dan penderitaan mereka.

“Berbincang dan menyokong usaha saya lakukan. Saya sendiri melihat setiap hari Tunku dan Tuanku Sultan Johor setiap hari membantu rakyat. Terharu layanan mesra dan bersungguh-sungguh Tunku memberi kata semangat,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Ebit berkata, banyak perkara yang dibincangkan antara beliau dan baginda terutamanya berkaitan kebajikan rakyat.

“Teringat kisah khalifah dulu yang memikirkan keadaan rakyat. Subhanallah, semoga Allah memberkati Tunku dan keluarga.

“Tadi Tunku dan JDT memberi sumbangan banyak RM100,00, baru-baru ini RM200,000. Malah, Tunku selalu mesej tanya ada apa yang perlu dibantu.

“Saya cuma orang biasa tapi Tunku layan macam kawan-kawan sahaja. Allahuakbar,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here