Tujuh petugas kaunter JPJ Johor direman tujuh hari

0
127
Kesemua suspek yang berumur antara 27 hingga 42 tahun itu  direman sehingga 28 Februari ini.

JOHOR BAHRU- Tujuh petugas kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ia bagi membantu siasatan bagi kes ketirisan kutipan cukai jalan mencecah sehingga RM3.1 juta pada 2019.

Majistret Nurmadiana Mamat membenarkan perintah reman itu selepas dimohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.

Menurut laporan Kosmo, kesemua suspek yang berumur antara 27 hingga 42 tahun itu  direman sehingga 28 Februari ini.

Ia bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) membabitkan lebih 1,000 jenis kenderaan bermotor.

Kesemua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Semalam, SPRM Johor menahan tujuh petugas JPJ Johor bagi membantu siasatan kes berkenaan yang berkaitan salah guna kuasa oleh kakitangan berkenaan dengan menceroboh sistem JPJ.

Tujuh individu itu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita yang dipercayai bertugas di JPJ Johor Bahru di Taman Daya.

Mereka dipercayai memanipulasi sistem MySIKAP bagi urusan cukai jalan LKM yang melibatkan jumlah ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Johor mencecah RM3.1 juta dalam tempoh enam bulan dari Julai hingga Disember 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here