
RANTAU PANJANG – Sebarang aktiviti ‘tukar barang’ Sungai Golok dengan menggunakan botol atau bungkusan plastik yang ditarik menggunakan tali adalah tidak dibenarkan kerana menyalahi undang-undang.
Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, mereka yang terlibat dengan aktiviti akan dikenakan tindakan.
Beliau berkata, sekiranya terserempak dengan anggota PGA yang melakukan rondaan, tindakan akan terus akan diambil ke atas mereka keran aktiviti itu melanggar undang-undang.

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, tular satu klip video berduarasi selama 25 saat yang memaparkan penduduk di Malaysia dan Thailand di tepi Sungai Golok sedang bertukar-tukar barang.
Menerusi video berkenaan, dua lelaki dilihat sedang menarik bungkusan plastik menggunakan tali dan tindakan itu selepas kedua-dua negara menutup sempadan bagi memutuskan rantaian Covid-19.