Tukar nama atau tutup terus Riak Apa Hari Ini

0
85
Ustazah Asma’ Harun

CYBERJAYA – Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun menegur pentadbir kumpulan Facebook ‘Riak Apa Hari Ini’ agar menukar nama atau menutup terus akaun berkenaan.

Ustazah Asma menerusi laman Facebooknya berkata, melalui kumpulan Facebook ‘Riak Apa Hari Ini’, pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan.

“Mohon admin group ‘Riak Apa Hari Ini’ boleh tukar tajuk atau tutup terus. Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan.

Antara hantaran di kumpulan Facebook Riak Apa Hari Ini

“Perbualan bebas bergurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan kepsyen riak tapi kata gurau dan lain-lain yang sangat aib. 

“Jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan,” katanya di laman Facebooknya hari ini yang turut mendapat komen sokongan berhubung teguran berkenaan.

Tinjauan di Kumpulan Facebook ‘Riak Apa Hari Ini’ mendapati, pengikutnya menunjukkan kemewahan untuk tujuan bergurau dan hiburan semata-mata dalam kalangan mereka.

Akaun yang dicipta pada awal bulan Februari itu kini mempunyai lebih 137,000 pengikut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here