Tun M boleh kembali kepada UMNO

0
115
Dr. Mahathir juga mengakui masih sayangkan UMNO

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau boleh kembali kepada UMNO dengan syarat parti itu kembali berpegang kepada dasar awalnya iaitu berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

Dr. Mahathir juga mengakui masih sayangkan UMNO namun beliau menegaskan bahawa dirinya tidak boleh bekerja sama dengan ‘penyangak-penyangak’ yang masih berada dalam parti berkenaan ketika ini.

“Saya boleh kembali kepada UMNO tapi orang yang ‘penyangak-penyangak’ semua minta maaflah, saya tak boleh bekerjasama dengan mereka. ,” katanya dalam siaran langsung bersama Sinar Harian hari ini.

Dr. Mahathir juga menegaskan bahawa beliau sebenarnya sudah mengambil keputusan untuk berehat daripada pentas politik selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003.

“Apabila saya letak jawatan pada tahun 2003, saya pun berharap akan dapat berehat, mungkin ‘enjoy live’ sikit pergi jalan sana-sini tetapi selepas seminggu saya letak jawatan orang datang minta (tolong).

“Tun tolonglah buat sesuatu kerana mereka berpendapat bahawa yang menjadi Perdana Menteri ketika itu tidak menjalankan tugas dengan baik. Satu minggu sahaja sudah nampak berlainan keadaan.

“Jadi mereka datang, rombongan demi rombongan datang minta saya buat sesuatu. Bagi saya, saya cuba nasihat tapi nasihat tidak berkesan,” katanya yang pernah menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun.

Dr. Mahathir berkata, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO supaya mudah untuk menegur salah laku kerajaan.

“Akhirnya saya terpaksa keluar daripada parti dan menentang kerajaan (UMNO ketika itu),” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here