Ubat rawat gout mampu kurangkan tempoh rawatan pesakit Covid-19

0
125
GAMBAR HIASAN

LONDON – Sejenis ubat yang digunakan bagi merawat penyakit gout boleh membantu mengurangkan tempoh rawatan pesakit Covid-19.

Menurut Sky News, satu kajian oleh sekumpulan pakar dari Brazil mendapati, Colchicine yang biasanya digunakan untuk mengurangkan keradangan akibat serangan gout, turut mempunyak kesan yang sama terhadap pesakit tahap 3 dan ke atas.

Dapatan tersebut diterbitkan dalam jurnal perubatan RMD Open, semalam.

Dalam kajian tersebut, seramai 75 individu yang dimasukkan ke hospital dipilih secara rawak, dengan sebahagian diberikan rawatan standard termasuk ubat colchicine selama 10 hari, manakala satu kumpulan lagi diberi rawatan standard bersama plasebo.

Hasil kajian mendapati, daripada 72 pesakit yang dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan yang diberi rawatan standard beserta colchicine memerlukan bantuan pernafasan hanya selama 4 hari, berbanding kumpulan satu lagi iaitu selama 6.5 hari.

Ketika kajian dilaksanakan, 3 daripada peserta tersebut meninggal dunia, dengan 2 daripadanya daripada kumpulan yang diberi rawatan standard beserta plasebo.

Bagaimanapun, kumpulan pengkaji tersebut berkata, kajian lanjut masih perlu dilakukan memandangkan kajian yang mereka lakukan hanya melibatkan kumpulan kecil.

Namun, colchicine mampu membantu meredakan keradangan pada organ tubuh badan manusia dan mengelakkan kerosakan pada lapisan dalam sel organ manusia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here