UK akan mulakan ujian individu sihat dijangkiti Covid-19

0
105

LONDON – United Kingdom (UK) akan memulakan ujian di mana individu yang sihat akan didedahkan dengan koronavirus SARS-CoV-2 supaya mereka dijangkiti Covid-19.

The Guardian melaporkan, ujian yang akan bermula dalam masa beberapa minggu ini, dilakukan secara usahasama dengan Kolej Imperial, firma perubatan hVIVO dan Yayasan Diraja London Free.

Antara tujuan kajian ini adalah bagi mendapatkan keputusan ujian vaksin dengan lebih cepat.

“Ujian seumpama ini bukan sesuatu yang asing, dan sentiasa dilakukan sejak dari dulu.

“Ia merupakan cara yang paling pantas untuk mendapatkan pelbagai maklumat,” kata Pengurus Program Vaksin, Dewan Kajian Perubatan UK, Dr. Martin Broadstock.

Dalam kajian ini, seramai 90 sukarelawan yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun, akan didedahkan dengan koronavirus tersebut supaya mereka dijangkiti Covid-19.

Kesemua mereka akan menjalani kuarantin selama 14 hari di Hospital London Free dan akan diawasi selama 24 jam sepanjang tempoh tersebut, dengan sampel darah dan palitan hidung diambil setiap hari.

Setelah didiscaj, sukarelawan akan terus dipantau oleh pasukan perubatan selama setahun.

Walaupun tidak dibayar, setiap sukarelawan akan menerima sebanyak £4,500 (RM25178.58) sepanjang tempoh ujian ini dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here