Umat Islam digesa boikot daging import

0
471
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Golongan pengguna khususnya umat Islam di negara ini digesa  memboikot daging import ekoran aktiviti pengimportan dari bekalan yang diragui statusnya masih berleluasa.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sindiket membawa masuk bekalan daging yang tidak halal termasuk yang menggunakan logo halal tidak sah masih berlaku walaupun isu itu sudah menjadi isu besar di negara ini. 

“Lagi 335 tan daging guna logo halal tak diiktiraf dirampas. Maqis yang rampas. Walau isu ini selalu dihebah, mereka yang jahat masih melakukannya.

“Usaha kerajaan yang bersepadu dan berterusan perlu dibuat. Isu halal haram amat sensitif kepada umat Islam.

“Mari boikot daging/ayam dari luar,” katanya di Twitter beliau hari ini.

Ahmad Maslan berkata demikian merujuk kepada laporan media mengenai rampasan 355 tan daging kerbau bernilai hampir RM4.3 juta pada Khamis lalu yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang.

Isu kartel daging import tular pada hujung ahun lalu berikutan terbongkar kegiatan menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here